Friday, 25 May 2018

Amarah berbara saka

Aku tak setanding hebatnya dia.
Parah jika segudang kau balingkan duit,
Segudang juga kau mencaci,
Jadi makin parah,
bila kata-kata mula tiada batas.
Barangkali sekujur jiwa ini sedang dibeli???

Tak berhenti lagi ?
Makin bertempik,
Makin terjerit.
Gila apa??
Hinggakan tiada punca suara lantang memaki caci.

Aku bilang,
Pegang pada agama, yakin kau sihat
Yakin pada pancaindera yang hebat-hebat ada dalam diri kau,
Hati, akal, mata, serta anggota yang ada,
Tuhan bagi sempurna
Tuhan bagi yang indah-indah.
Jika sayangnya tuhan pada kau,
Tidakkah kau sayang pada diri sendiri.

Sudahlah!!!
Jangan biar orang memandang kau dengan cara yang lain,
Kesian.... bukan kesian kau?
Tapi ibu bapa kau,
Kalau aku ? Aku kata mereka bukan salah .
Tapi otak yang lain tidak akan sama

Kalau kau nak indah dan bagus di mata orang
Kau jadilah sesuatu yang kau rasa bagus untuk dipuja.
Hilangkan pandangan dosa yang banyak mengotorkan hati serta bantutkan daya fikir yang positif







Dia bukan lagi yang dulu

Lama benar kutinggal halaman ini, mana tidaknya terlalu leka tentang perkara yang dinamakan cinta.
Akhir ini banyak yang ku gembira riang dan seimbang juga perkara yang menyakiti jiwa.

Dia bukan sepertinya dulu, dia juga bukan cinta yang dulu. Kini banyak yang membahang dan juga banyak yang tak selesa.

Percaya pada yang dikatakan neutral, sifat kekal sesuatu. Tapi andai banyak menyusun strategi sekadar ingin sesuatu atas dasar drastik, jalannya takkan indah.

Kau bercinta umpama esok lusa kau mahu mati, segala sayang cinta, duit, harta dan kekayaan kau lebur tanpa kau fikir kesannya. Boleh jadi kau tak pandai tentang jiwa tapi kau hanya tahu menyempurnakan sesuatu dari sudut kebendaan.

Ikhlas ? Aku yakin itu ada, tapi diri kau yang dulu.

Cinta dan sayang? Aku yakin itu juga ada, tapi diri kau yang dulu.

Kini saat kau ungkit, kau mengeluh serta kau mula goyah bermakna kau tak seikhlas dulu.

Boleh jadi kau tak jujur dalam tingkah laku sendiri.

Satu aku nak berpesan, berkatalah menggunakan hati dan akal. Kawal lah amarah gunakan hati dan jua akal. Dan jadilah insan yang dipandang bijak dan hebat oleh orang lain, kerana pintarnya kita menggunakan akal dan hati.

Friday, 1 December 2017

SUCI HATI , SUCI AKAL


Terima segala dengan redha, tanpa perlu punya sengketa atau dendam. Harus pasrah pada yg berkehendakan erti gembira dan sempurna.

Jangan buruk memikir, jika sesuatu meminta agar jauh dan tidak mengganggu. Mungkin semua ini atas erti kebaikan.

Tak salah kalau kau mengundur kembali yang dulu, asalkan kau tak bisa menyakiti sesiapa, walaupun hari ini kau sedikit kekok suatu masa kau menjadi elok.

Suci hati. Suci akal, buang rasa penting diri, izinkannya belayar mengikut arus jalannya...

OKTOBER MENANTI NOVEMBER


Ku fikir bila november menyusul tiba, mungkin banyak perkara membahagiakan jiwa. Atau...... jalinan kasih itu kian bertaut erat. Mana kan tidak setahun ditinggalkan, bakal menanti sesuatu yg indah, nyata impian hanya angan-angan.

Kini NOVEMBER, cuba bangunkan aku dari lenanya bermimpi, mimpi yang tak sudah bersama impian dan harapan.

NOVEMBER, kini aku amat mengenali kebenaran dan hakikat dalam hubungan, ternyata manusia tetap manusia.... punya pelbagai rasa, penat, bosan, putus asa dan kadang2 hati mudah terungkit.

Manusia tetap manusia punya pelbagai sifat, bukan lemah tapi normal, tapi syukur..... NOVEMBER memberi pelbagai petunjuk.




Saturday, 25 November 2017

MEMBENTAK GEMPITA

Image result for hadits berdiam itu lebih baik



Lewat waktu, banyak yang ditinggalkan dan banyak juga yang aku cicirkan. Senang yang kucari rupanya sesak yang ku nampakkan. Simpul ikatan yang ku leraikan, rupanya rapi membelit ikatan.


Aku kejar sana sini, tapi matlamatnya hanya depan mata.  Penatnya mengejar, rupanya sinaran hanya lah kaca . HIKMAHNYA..... AKU BERHENTI, berdiri tenang, hilangkan lelahku, akhirnya perhentian inilah membuka apa itu matlamat.


Terdendeng 2 telinga selama ini hanya menjadi hamba mendengar, tapi bagusnya biar kita mendengar dari membuka mulut, kerana kata-kata akhirnya umpama bilah tajam seakan pisau yang bisa mencarik.

JERIT, TERPEKIK, TERLOLONG, aku kira sifat ini tuli lagi membebal akan akal. MEMBENTAK GEMPITA ini akan jadi badai dalam hubungan.

Akhirnya.....Aku hanya berdiri dan menoleh, biarku undur bagaikan masa yang lalu, kerana di situ lebih banyak enak dan bahagia.




DIAM


Pilihlah dalam bicara iaitu, qaulan makrufan, qaulan kariman, qaulan maysuran, qaulan sadidan dan qaulan balighan, yakni pembicaraan yang disertakan perkataan-perkataan yang baik, tepat dan membekas dalam jiwa.


Image result for hadits berdiam itu lebih baik

“Orang yang berakal selayaknya lebih banyak diam daripada bicara, kerana betapa banyak orang yang menyesal kerana bicara dan sedikit yang menyesal kerana diam. Orang yang paling celaka dan paling besar mendapat bagian musibah adalah orang yang lisannya sentiasa berbicara, sedangkan pikirannya tidak mahu mencari sesuatu yang sempurna”.
“Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya daripada mulutnya. Dia perlu menyedari bahawa dia diberi dua telinga, sedangkan diberi hanya satu mulut, supaya dia lebih banyak mendengar daripada berbicara. Sering kali orang menyesal pada kemudian hari karena perkataan yang diucapkannya, sementara diamnya tidak akan pernah membawa penyesalan. Menarik diri dari perkataan yang belum diucapkan itu lebih mudah daripada menarik perkataan yang telah terlanjur diucapkan. Hal itu kerana biasanya apabila seseorang tengah berbicara maka perkataan-perkataannya akan menguasai dirinya. Sebaliknya, bila tidak sedang berbicara maka dia akan mampu mengawal hati dan perkataan-perkataannya.”
Lisan seorang yang berakal berada di bawah kendali hatinya. Ketika dia hendak berbicara, dia akan bertanya terlebih dahulu kepada hatinya. Apabila perkataan tersebut bermanfaat bagi dirinya maka dia akan berbicara, tetapi apabila tidak bermanfaat maka dia akan diam. Sementara orang yang bodoh, hatinya berada di bawah kendali lisannya. Dia akan berbicara apa saja yang ingin diucapkan oleh lisannya. Seseorang yang tidak bisa menjaga lidahnya bererti tidak faham terhadap agamanya.”

Thursday, 28 September 2017

Berkata lagi


Aku tak pernah minta di balas atas apa yang aku korbankan setiap inci ikhlas akan sesiapa. Sebab keyakinan atas pemberian Allah itu lebih indah dan sangat sempurna.

Setiap ukuran ikhsan tak perlu ada benteng menyekat jiwa, cukuplah lurus tu mengikut sunah.

Sujud sambil berbisik di bumi, cecah dahi bermenolog, tasbih zikir indah dan pohon doa sebagai kiriman utusan. Keagungan yang Maha Esa mampu memenuhi ruang yang dipohon. Buat yang takbur diri, hari ini aku kian capai dengan apa yang ingin engkau mahu aku buktikan. Kerana aku yakin Allah sebaik-sebaik dalam menyusun takdir ke atas hambanya....

 ALHAMDULILAH...  Seetha vMaya