Thursday 29 September 2016

(DOMINGO GHIRARDELLI) LABUAN 2010


SENYUM, sweetnya rasa
KERLINGAN MATA, aduhai....melayak utara selatan perginya.

Mana tidaknya, cengkrik dalam hati dah mula girang menyanyi, tari menari . Minda di kuasai indahnya erti bahagia.

Hari ini, STRESS ??? Ehhh tidaklah
Hari ini , PENAT ??? Ehh mana ada, tak rasa pun....
Hari ini, SIHAT ??? Ehhh aku sihatlah...

Dah kenapa ????

Biar lah wei aku macam ni. Tengah makan chocolate (DOMINGO GHIRARDELLI).... Best giler beb sama rasa macam PATCHI chocolate yang mendiang T.gana bagi ku dulu.

biar aku rasai dulu, jangan kau usul kan lagi pertanyaan......yeeZZZahhhh


Wednesday 28 September 2016

DOWNTRODDEN


We scream but no hearing ear
We groan within cries to run out of tears
We struggled but the unity has been destroyed

Our voices drift swallowed noise
Our tears have engulfed wilderness regime
Our hands run over bulldoser economic development

shouted retain rights to own land
But it was called anti-development and separatist
Crying defend life called vandals state
Struggling to maintain our blood spilled, it said, the enemy of the state

We wasted our own land
We have become beggars in the property from thieves
 and murderer

In fact, we kept weak and defenseless
Descent S.Awab@ Mas sita Hj Saadon

POLITIK


Mampu tak inpirasi tu datang bergolek-golek, aku kira bila ku tuli dan bebal inspirasi datang walau aku tak mengundang, ermmm aku terus memikiri, berdesup cahaya idealogi mundar mandir. Melayang ke sana sini bersaing, rata-ratanya tak mahu kalah dan terus mengalah.

Jelas dikelilingi peradaban, tapi adabnya apa? apa yang dah jadi? kenapa begini? kenapa yang lurus dah membengkok pula, kenapa yang mudah jadi sulit dan sukar? 

Memperkotak-katikkan keadaan, aku fikir dia bodoh menuang rasa ikhsan dalam diri, aku fikir hatinya tamak tak sudah-sudah.

Jutaan itu melingkar sekeliling tubuh badannya. Sekecil zarah kau buat habuannya kau baham tanpa punya sisa. Tak mengapa, suatu masa kau bakal di tanya, dan kau juga bakal menjawab.

Apa kalian sedang teliti dan fikir ?? Ini bukan pada satu objek penceritaan. Tapi gaya politik hari ini.



Tuesday 27 September 2016

LISAN KU .....PANCAINDERA


Adakala lisan kelu, hanya ku simpul di lubuk hati. Adakala ketegasan itu gegarkan aku. Bukan ku takut, tapi ku sabar. Ideologi antara aku dan kau sangat jauh bezanya, hinggakan tiada waktu untuk mencari keserasian.

Akhir ini aku ingin menulis, penulisan dengan apa yang lisanku ini tak pernah terungkap. 

Penitian perjalanan jauh nun di sana, aku harus tiba, tapi sering sesatnya aku tiada penunjuk arah. Laluan berliku yang ada secebis cahaya, namun silauan itu sering menggangu penglihatan ini. 

Lewat kini aku punya dikau, pimpin tangan ini, tak akan ku biar kau lepas genggaman ku ini. Suatu masa aku punya 1001 agenda, punya angan bercita-bercita, punya keinginan yang tidak-tidak, punya sifat gopoh yang rakus, mencuba segala yang adakala aku sendiri kurang jelas dengan nafsu.

Namun ada suara, namun ada mata, namun ada 1 hati, namun ada 1 akal yang sentiasa menjadi pancaindera untuk aku. 

Suara itu menegur lagi, marah dan terus marah. Mata itu melihat lagi, yang salah harus tetap disalahkan, hati itu ikhlas lagi, terus ikhlas dalam talian ini, akal itu penuh ilmuwan, hinggakan tidak sedikit bodoh pun dia pamerkan.

Hari ini perubahan itu jelas, jelas terdendeng dalam diri ini. Aku kian cinta akan diriku ini, lebih hebat lagi cintaku akan dia.



HAPPINESS


Feel the joy never
can be measured by anything, especially related
with peace of mind and heart, then keep
them with all
ability to
makes it easy to reach the goal. prayer
as a supporter of motivation that has been planted
minds and hearts express gratitude 
so as to evoke the spirit of grace
to achieve the desire.
If you want to be happy, be at peace with yourself ..
If you want a peaceful, calm down with all
enemies ..

enemies with your affection .. Create realized that you're good to all others besides you ..

Friday 23 September 2016

INSANITI IS HEREDITARY


Once one morning, a girl asks her mother:

"Ibu..ibu always look beautiful. I want to be like you, tell me how. "
With soft eyes and a smile of emotion, the mother replied:
"For attractive lips, say a kind word."
"To cheek dimples, always sincere smile to anyone ..."
"For beautiful eyes charming, always look at the good of others ..."
For a slim body, set aside food for the poor ... "
"For her delicate fingers charming, calculate the goodness that has been done to you ..."
"For a glowing white face, cleanse the defilement ..."
"My child..

Do not be overbearing physical beauty because it will fade with time.

Beauty behavior will not fade even by death.
Get used to say four words to anyone with a polite: Thank you, I'm sorry, please, and I beg your pardon.
If you REALLY, then you do not need to get upset.
If you're WRONG, then you are obliged to apologize.
Patience with the family is LOVE.
Patience with others is RESPECT.
Patience with yourself is FAITH.
Patience with God is FAITH.
Do not be too remember the past, because it will bring TEARS.
Do not think too much about the future, because it will bring FEAR.
Run this time with a smile, because it will bring joy!
Each exam in life can make you sore or better.
Any problems that arise can strengthen or destroy.
The choice is you, will you choose to be a victim or a victor.
Look for a beautiful heart and not a pretty face.
Beautiful things are not always good, but good things will always be beautiful ..



Lagu yang  sentiasa menjadi pembakar semangat untukku, sekadar perkongsian :- JOM NYANYI SAMA-SAMA

title : BERSABARLAH

Intro :
Bm  A G D Bm Em A Bm

Bm   A
Bersabarlah dan bertawakkallah
G  D
Dalam kehidupan ini
Bm  Em
Sesuatu yang terjadi itu
A  Bm
Tentu ada hikmahnya
Bm   A
Penderitaan yang engkau alami
G  D
Hanya suatu dugaan
Bm   Em
Dan janganlah kau bersedih hati
A  Bm
Tuhan maha penyayang
G  D Em Bm
Hatiku memahami derita yang kau rasakan
G D  Em
Diriku menyayangi oh dirimu
C D
Linangan airmatamu
 G Em
Hanya tuhan yang tahu
C   D  G
Pedih yang kau tanggungi tak terkata
C  D
Sabarlah wahai insan
G  Em
Yang sedang menderita
C  D
Janganlah putus asa
G  Em
Kasih yang kau harapkan
C  D
Menanti dihadapan
G  Em
Bahagia yang kau rindu
C  D
Terbuka diakhirat 
G  Em
Kuhulurkan tangan ini
D  G
Sebagai tanda kasih
G  Em
Semoga kau menyedari
D    G
Niatku suci murni…
 

#Malaykord
Title: Warisan - Bersabarlah Chord 
Artist: Warisan 

Thursday 22 September 2016

MELAKA, JOHOR DAN PAHANG AKU BERPAYUNG


Aku lahir di sini, tanah bersejarah Melaka. Terasa hebat kelahiranku ini , mana tidaknya gahnya nama negeri melaka dalam pembetukkan peta-peta terawal tanah melayu. Struktur dagang ekonomi, sistem barter bertukar dalam bentuk wang. Penyebaran Islam terawal kebanyakan juga di negeri ini.

Dahulu negeri melaka punya sebilangan PAHLAWAN, gah juga namanya hingga kini, tapi aku paling TABIK SPRING dengan HANG JEBAT. Nama yang tak pernah luntur dalam jiwa aku ini.....kalau dulu ku ujud pasti ku tackle JEBAT sampai dapat....hehehe....

Teja, unik nama ni . "AKU SUKA SANGAT" . Ini juga bibit-bibit penceritaan sejarah, bukan ku hebat sangat nak bercerita, tapi jujurnya aku arif tentang sejarah ini dalam 70%, dan 30% rumit untuk ku muatkan dalam memori ingatan aku ni. UNLIMITED sangat kalau nak mengisinya.....

Gunung Ledang, lagenda seorang puteri bernama PUTERI GUNUNG LEDANG, rujuk penceritaannya dalam buku sejarah HIKAYAT HANG TUAH dan SULATUS SALATIN, tersusun jalan ceritanya, liat juga kalau nak memahami bahasa-bahasa kiasannya, perlu ada minat baru boleh habis membaca dan fahami isinya yang banyak tersirat makna dalamnya.

Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas. Oleh kerana Gunung ledang ini berdiri gah diantara 2 negeri iaitu JOHOR dan MELAKA. Harap-haraplah kita tak bergaduh nak memiliki tanah dan pusatnya, kita kongsi sama-sama milik yang Maha Esa ini dengan bijaksana.

Aku ingat lagi , dulunya waktu aku masih di sekolah menengah laluan ledang inilah aku lalui selalu setiap kali menuju Ke Pahang. PEKAN ASAHAN,Taman rekreasi Asahan Kg Relau, aduhai bila kenang tempat ni, mudah saja aku senyum spontan. Mana tidaknya tahun 1997 dikalangan 1018 pelajar , 4 orang pelajar tercalon untuk KEM WAJA DIRI anjuran KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM). Visi dan misi matlamat kursus untuk melahirkan pelajar yang berwibawa . Kalau 4 orang budak ini tersenarai, memang sah lah aku top 4 disekolah, setan menyetan perangai macam jin nakal agaknya masa tu. Tapi itu dulu, sweet-sweet ala-ala gangsterisme cabuk. Kem ini diterajui oleh sang perkasa ATM, faham-faham sajalah lanyakkan KOMANDEN. Terbekesan disiplin mereka tonjolkan, akan ku manfaatkan sampai mati.

Dahulu aku anak untuk 3 negeri, MELAKA , PAHANG dan JOHOR. Kenapa???? kecilku dulu membesar di Pahang, sahabat-sahabatku rata-rata asli pribumi (ORANG ASLI atau ORANG KITA). Lubuk mana aku tak terjah, hutan mana aku tak ceroboh, sungai mana aku tak mandi, bukit mana aku tak tawan, cacing cengkerik semua mainan....eermmm tu dulu, sekarang aku dah mula takut. Lepasi PAHANG aku ke Melaka, pindah sekolah di negeri kelahiranku. YEEEAAAA aku suka, sini punya sawah padi terbentang luas,nun di sana aku nampak jelas GUNUNG LEDANG. WAAHHH aku nampak sungai pula, syoknya. Baru nak berkhayal di sini, aku pindah sekolah lagi, Pahang semula... Setelah ibu bapaku selesai urusan di sana aku pulang Melaka semula.

Pergi balik sana sini, aku kian membesar, kini aku belajar di Muar Johor. Aku menduduki peperiksaan SPM di sana, syukur keputusan aku terbaik. Di negeri Johor inilah aku punya ramai sahabat, punya pengalaman dan pastinya tak ada duka di situ, rata-rata dan maksimum bahagia aku rasa...

Hari ini,dan hingga detik ini aku masih mengingati lagu-lagu untuk ke- 3 3 negeri yang aku pernah berpayung di bawahnya.... syukur tak terhinnga berdirinya aku di sini, banyak kejayaan ku julang.



Wednesday 21 September 2016

DARAH O'


Aku tinggalkan terus hari bahagia itu, raikan cinta selama 2 hari. Bergegas untuk 2 destinasi yang ingin di tuju. Cantik amat susunan jadual, tak menggopoh malahan puas rasa di hati. Dalam perjalanan ku cerita pada Ashraff pembukaan dan apa istimewanya tanah FELDA, dia mendengar sambil mengagumi bait bait bicara yang aku ceritakan, apabila melintasi exit KARAK, aku bercerita lagi, kali ini tentang apa desas-desus cerita seram yang sering berlaku di sini, namun dia hanya terdiam sambil mengangguk...

Perjalananku jauh melintasi masa yang kian ditinggalkan, kali ini aku diam, dia pula menceritakan apa yang mahu dikongsi, kerana sempadan itu bukan lagi laluanku yang biasa aku arif tentangnya. 

Hari ini aku mahu tunaikan janji untuk pertama kalinya, mahu turut pelawa Ashraff buat perkara yang mudah dengan ganjaran pahala. Setelah sekian lama pemanduan aku dan Ashraff sampai destinasi. PUSAT DARAH NEGARA (PDN) . Bila mana ini yang pertama, aku mula cemas senyum dah tak terukir dibibir, kebil-kebil aku memandang seluruh sudut.

Pelbagaian rasa dalam jiwa ni, namun setelah dilayani dan di beri nasihat serta tips-tips petugas di sana aku mula tenang. prosedur pengambilan darah dimulakan, ketika itu  aku minta petugas di sana membius tangan ku terlebih dahulu. Setelah selesai aku hanya mampu memandang Ashraff dengan senyuman yang ikhlas.

Kepuasan di hati ini mengundang tindakbalas positif, aku mula memikir banyak tentang perihal ini, aku mula tersentuh membaca risalah yang ada, terdapat ramai pesakit yang memerlukan sumbangan ini, namun masih lagi kurangnya penyumbang untuk menderma darah.

Padaku, hari ini aku menjadi yang sangat ikhlas. Setiap anggota tubuh badanku ini semua bersifat pinjaman, suatu masa  andai jasad terpisah nyawa semua ini pasti hancur. Ya Tuhan terima  kasih dengan kurniamu, ku kongsikan apa yang ku ada ini untuk yang lain lainnya, Aku mahu kau melihat bahawa aku juga punya sifat sedar, bahawa setiap apa yang kau izin dan berikan didunia ini semuanya atas dasar pinjaman dan sementara.

Duhai darahku, bercinta mesralah dalam diri-diri mereka itu ya. Tak perlu kau mengira dalam tubuh mana yang kau akan resap, india , melayu, cina, atau lain-lain bangsa, yang nyata mereka juga insan sepertiku, duhai darahku jangan kau mengira tentang buddha, katolik, hindu, islam atau apa saja jenis agamanya, kerana mereka juga sepertiku, mempunyai warna darah yang sama.....

Kini tanpa aku sedari, masuk 6 tahun aku menjadi salah seorang penderma darah, buat kalian semua lakukan ini, banyak manfaat....bantulah mereka yang memerlukan, boleh jadi suatu masa dikalangan mereka ini, abang,kakak, ayah , ibu, adik, kawan atau diri kita sendiri.....ikhlaskanlah hati dan perbuatan pastinya pahala kalian perolehi serta kesihatan juga terpelihara.

Apapun terima kasih Ashraff tunjukku jalan pintasan pahala.....

Pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh di dermakan antaranya :
Penderma ‘Whole blood’
Darah mengandungi komponen-komponen seperti berikut:
  Sel darah merah
  Sel darah putih
  Platelet                                                                 
  Plasma
Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.
Masa yang diambil untuk menderma darah adalah di antara 7 hingga 10 minit tetapi anda dinasihatkan supaya berada di tempat menderma selama lebih kurang 1 jam. Sebelum menderma darah anda dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.
Pendermaan Aferesis
Pendermaan komponen darah iaitu plasma atau platelet ataupun kedua-duanya sekali, dimana komponen darah yang tidak diperlukan dikembalikan ke dalam badan penderma semula.

V.MAYA SOFEA


I….
I was standing against the wall ...
Understanding each stanza contents had met ...
It turned out that I could not understand ..
Can only see and read it ..

I….
I am indeed worthless bitch and self ..
That always bothered themselves with fire ..
Draw fire with incisions dream ..
I smeared into this valley ...

And I…
I look at the core of self ...
Being neatly on the deserted ..
And I become silent in every day ..

Because my fire extinguished in silent inflatable ...

Tuesday 20 September 2016

BEHAVE..........

When we want something that does not happen, then it does not mean it will not happen forever,
perhaps, it was stored at a time when the more special........
Because
everything is good, always arrive at the best time. Possible so that we are better prepared, as well as possible so that we are more clever grateful.
If we have been hurt, then the best way reply is: we become better every day. Not with to hurt, mocking reply, etc....

The day after tomorrow the people who hurt us would stare at us and our accomplishments from a distance, then realized how uninteresting his life.
If we believe in ourselves, then we do not need expensive clothes, glamour, luxury to patch flaws themselves.

If our knowledge widely, our knowledge in, any good understanding have owned, we did not need jewelry, cosmetics, and all the accessories for stuffed appearances in order to impress others.


Sunday 18 September 2016

MENYAMAH WAKTU


Menyamah waktu, untuk sekalung bahagia. Itu hari, hati yang dua bercantum ini sepakat mahukan realisasi apa yang dikatakan kedamaian.

Ku jejaki, melangkah terus dengan rujukan sang pendita cabuk, yang 50/50 kurang fasih akan jalan itu, lebih kurang ku bawa seorang bisu,buta lagi pekak. Mahu tak mahu , aku saja yang meraba mencari, dan tiba-tiba aku terlanggar sang bucu, berdebuk aku jatuh tapi tuahnya ku jatuh atas tempat yang ku cari......WAHHHH !!!!! senyum gamat bibirku....bercengkerik hepak di dalam hati. sakitnya tak rasa, suka pula yang aku luah.

1 putar, 2 putar, namun aku dah mula gagat , mahukan putaran itu tanpa henti. Aku mahu ikut kehendak diri, Eehhh aku ni???? mana lah boleh....gila apakah ini, sanggup aku melapah masa tanpa aku  menyamah waktu itu pada yang lain...

Bilamana aku tertasak pengertian tentang waktu, aku mula berhenti bertindak, lalu aku tamatkannya di situ. errmmm tentang itu harilah, biar aku bagi mereka pula menyamah waktunya sendiri, tak nak ku menyibuk lagi di kedamaian itu...









Friday 16 September 2016

HARI INI UNTUKKU




Cetusan rasa yang tak pernah jemu, jinak sangat jari ini typing selalu. Mintaku bertapa lagi di sudut empat penjuru, menyeru seru dan terus seru agar pintasan yang berlalu itu undur kembali. Tapi hari ini ku cuba selerakkan pintasan itu, lerai leburkan jauh-jauh agar aku tak memesong setia mengadap perkara yang sama.

Hari ini, sekian lama aku tidak merasakan nikmat jalinan kasih, selama ini aku hanya mampu selang seli masa, tak habis-habis melacur masa dengan tugasan harian, hinggaku kurang merangkul pahala, kurang tatap wajah ibu, kurang mesra bersama keluarga, apatah lagi mewarnai dunia ceria bersama adik-beradik serta darah-darahku yang lainnya.

Hari ini setelah aku bersua dan menagih masaku semula, baru aku sedar, aku sedang mengutip sikit demi sedikit pahala yang aku tinggalkan. Aku harap detik hari ini , akan aku praktikkan hingga hujung nyawa.
Akan aku menggalas cinta-cinta mereka supaya tiada satu pun yang akan terlerai.....



Wednesday 14 September 2016

Canggung Merasa



Terlalunya berkhayal aku kali ini, bahang panas dan penat tak reda lagi aku rasa. Dengkuran yang amat kuat kedengaran dari bilik itu, amboi kenyang amat tidurnya, lena hingga ke mana jauh rohnya pergi.
Hati ini sentap, canggung aku rasa, saat aku mentarbiyahkan rasa nan lara ini, sekoyan - koyan peristiwa menghentak kuat akan minda ini untuk fikir . Nyata  aku tak ditempatnya lagi.

Entahlah, dia suruh aku berhenti bertanya, sedangkan aku punya segudang usul untuk tanya...aduh kenapa sekarang aku buta cara menuang rasa dalam diri, tak keruan aku dibuatnya, sekeliling aku meluas lihat, entah-entah rata alam ini sedang memperli aku yang masih terjaga.


Sejarah itu ....


Aku nyatakan apa yang hati aku rasa, aku puaskan perassan ini hanya aku tak mahu di tekan lagi dengan keadaan, dan tak mahu nangis lagi dengan apa yang aku sudah lepaskan.

Di atas garis waktu aku langsung tidak punya masa, tak tahu bagaimana pantas masa itu pergi hingga aku tak mampu mengejar, aku sedih dan adakala aku gembira, namun masa tetap pergi tanpa mengendahkan aku langsung.

Di kala aku dilanda masalah dan dugaan, sering aku rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin aku sedar akan kesilapan yang aku lakukan dan mungkin juga aku menunding jari mencari salah pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan aku  hanya perlukan masa untuk mengubati kekecewaan dan penyesalan...

Sering terjadi aku cuba menghilangkan titik hitam yang tercatat pada lebaran sejarah hidup aku. Hakikatnya, setiap yang berlaku tidak akan aku dapat mengubahnya kembali. Menghilangkan dan memadam sejarah adalah suatu yang mustahil. Namun , usaha untuk memadam sejarah adalah usaha yang sia-sia.
Sejarah sudah pasti berlaku dan tidak dapat dipadamkan. Seharusnya aku menerima hakikat ini dan mula berganjak ke hadapan. Tidak usah fikirkan cara untuk memadamkan dengan apa terjadi. Malah ingatan pada otak aku juga tidak akan berjaya padam semudah itu. Biarlah masa menguruskannya dan aku mula mengurus diri sendiri. Yakinlah, sejarah itu hanya akan kabur di makan waktu dan akan terus kabur apabila kejayaan dan kebahagiaan menggantikan dan memakan sisa sejarah lampau....

Berbekalkan apa yang aku peroleh pada hari ini, maka terbangunlah aku menghadapi cabaran hidup ini. Dugaan pasti datang dan sejarahlah yang memberi aku keyakinan. Sejarah memberi pengajaran bukannya halangan. Sejarah memberi kematangan bukannya kemunduran......