Wednesday 14 September 2016

Sejarah itu ....


Aku nyatakan apa yang hati aku rasa, aku puaskan perassan ini hanya aku tak mahu di tekan lagi dengan keadaan, dan tak mahu nangis lagi dengan apa yang aku sudah lepaskan.

Di atas garis waktu aku langsung tidak punya masa, tak tahu bagaimana pantas masa itu pergi hingga aku tak mampu mengejar, aku sedih dan adakala aku gembira, namun masa tetap pergi tanpa mengendahkan aku langsung.

Di kala aku dilanda masalah dan dugaan, sering aku rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin aku sedar akan kesilapan yang aku lakukan dan mungkin juga aku menunding jari mencari salah pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan aku  hanya perlukan masa untuk mengubati kekecewaan dan penyesalan...

Sering terjadi aku cuba menghilangkan titik hitam yang tercatat pada lebaran sejarah hidup aku. Hakikatnya, setiap yang berlaku tidak akan aku dapat mengubahnya kembali. Menghilangkan dan memadam sejarah adalah suatu yang mustahil. Namun , usaha untuk memadam sejarah adalah usaha yang sia-sia.
Sejarah sudah pasti berlaku dan tidak dapat dipadamkan. Seharusnya aku menerima hakikat ini dan mula berganjak ke hadapan. Tidak usah fikirkan cara untuk memadamkan dengan apa terjadi. Malah ingatan pada otak aku juga tidak akan berjaya padam semudah itu. Biarlah masa menguruskannya dan aku mula mengurus diri sendiri. Yakinlah, sejarah itu hanya akan kabur di makan waktu dan akan terus kabur apabila kejayaan dan kebahagiaan menggantikan dan memakan sisa sejarah lampau....

Berbekalkan apa yang aku peroleh pada hari ini, maka terbangunlah aku menghadapi cabaran hidup ini. Dugaan pasti datang dan sejarahlah yang memberi aku keyakinan. Sejarah memberi pengajaran bukannya halangan. Sejarah memberi kematangan bukannya kemunduran......



No comments: