Monday 10 October 2016

TASBIH DI SUDUT WAJAHMU


Lurusnya apa kalian ini, membiarkan titisan air mata menitik di hadapan mereka ?
Bukan kalian jelas nampak hancurnya hati mereka, mengulas kata akan hidup mereka....ayuh jangan begini kalau kalian mahu mereka rasa gembira dalam jiwa. Hapuskan air mata kalian ini semua, andai ada sesuatu yang kalian lihat menyebakkan di dada, bertahanlah.!!!

Kita hadir untuk menjemput keamanan, bagi mereka rasai bahagia dan aman.

Tika itu, dalam ramai-ramai orang tua di situ, mereka berpasang dan berkumpulan bergaul bersama hadirin yang datang. Maaf aku tak bergambar tika itu, handphone di dalam kereta,  terpaksalah simpan kenangan itu penuh neutral dalam hati. Lagi nikmat jika mengenang dari dasar hati.

Aku hanya berdiri di sudut, Namun ada 3 orang tua tersenyum memandang, aku hampiri.. 
Lelaki Melayu Tua, Perempuan melayu tua, dan perempuan cina tua...

Kenapa tak berlonggok di sana? mereka menyapa....
Mereka menangis Pak Cik, tak akan saya nak turut menangis, Saya berdiri di sini kerana selesa melihat kamu ber- 3. Itu sebab dari tadi saya terpacak di sini.

Mak Cik & Pak cik seronokkan tempat ni?? mereka tersenyum. 
Kenapa kau kata seronok nak??
Mak cik di sini boleh dapat kawan kan? boleh makan beramai-ramai, buat kerja sama-sama, tak sunyi, beribadat beramai-ramai, pendek kata kita tak berseorangan. Betul tak mak cik.?? 

Mereka ber-3 hanya mengangguk tersenyum, pak cik itu tanya : kau ini ada mata air? (kekasih)
Ada pak cik mata air tu bapa saya, tapi dah meninggal, sekarang hanya bermata air dengan emak. Sayang sangat dengan emak. Mereka tersenyum lagi..

Dalam pantasnya waktu, kian lama aku berbual, sambil aku berduet menyanyi  dengan mereka, aku rasakan mereka dengan royce chocolate, hahaha terhegeh-hegeh dan sweet sangat bila tengok mereka makan. Berdekah-dekah aku dan mereka ketawa, tiba-tiba hadirin di hujung sana terhenti tangisan memandang ke arah aku, namun kami masih tak berhenti ketawa.

Mereka berselang seli memberi nasihat  berguna pada aku, tika itulah dada aku umpama macam di bakar sakit dan hiba ku rasa, denyut jantung bagai terhenti aku rasa. 

Aku memegang tangan mereka, Pak cik, mak cik, auntie, hari ini kamu bagi saya pahala tau, kamu bagi saya bahagia, kamu bagi saya berbagai rasa. Tempat ini benar-benar menarik hati saya pak cik. kalau pak cik mak cik dan auntie tanya saya, kenapa?..... Andai suatu masa takdir saya berseorang tiada zuriat atau apa jua jadinya, syurga dunia yang ada di sinilah saya akan tinggal dan cari . Di sini saya akan mengabdi diri dan terus bercinta pada pencipta yang memberi nyawa akan saya. Hanya suasana inilah kadang-kadang buat manusia kuat berfikir, dan suasana beginilah mudah ujudnya cinta ikhsan. Di sini gelanggang ujian Tuhan pada kita pak cik, suka duka itu saya mengerti dalam diri kamu semua, tapi........bukankah nikmat kita rasa kalau tak fikir duka itu berterusan. Nanti mati akal kan Pak cik.?

Baiklah semua, saya datang dengan orang yang berdiri dengan pegawai di luar tu, saya balik dulu. kalau cinta di hati saya ini sentiasa celik saya pasti datang lagi. Melangkah kaki saya nanti, ampuni saya kalau punya silap ya? Bersalaman dan mak cik tua itu erat memeluk aku sambil menitis air mata. 

Mak cik nangis ni gembira ke apa? aku mengesat air matanya dengan tapak tangan ku. Sudah mak cik lain hari saya datang lagi, mak cik jangan nangis ya. Kalau Tuhan bagi banyaknya yang kita tak minta dan hanya 1 atau dua saja yang kita tak lengkap, kita harus redha dan harus syukur bahagia. Mak cik dan pak cik itu tersenyum lagi. Ermm senyum inilah yang akan bekalkan kenangan untuk saya balik nanti. Sayang mak cik......

Dompot tahu tak tadi lepas solat jumaat aku gi rumah orang-orang tua tu. Seronok sangat..
Nangis?? mana boleh nangis
Sedih? memang sedih tapi kenapa harus tunjuk.
Ya nanti aku bawa kau pula berkasih sayang dengan mereka.
Betul Dompot, sikit pun aku tak nak mereka sedih.
Ya Dompot, kita jumpa di rumah emak nanti malam......



No comments: