Wednesday, 27 September 2017

Hati ini merasa


Janji Allah itu pasti. Bila fitrah menyapa diri sentap rasa hati ini, tatkala yg wajib itu kian lama aku tinggalkan.

Tidak sengaja atau terlalu alpa mengalah pada istilah kejaran masa.  Lewat kini , agenda berpasak mengatur langkah kaki ini, hinggakan tanpa sedar aku bingung dan keliru, yang mana harus dulu, dan yang mana harus akhirnya. Aku fikir aku tidak mampu menyekat waktu.

Ermm penat....Utara Selatan, Kesas, Elite, Duke, boleh jadi tiada lebuhraya yang terkecuali untuk aku merentas waktu. Sungguh adakala aku umpama tersungkur lelah, tapi demi satu tujuan aku lingkari masa tanpa sisa.

Yes Tujuan, tujuan mempunyai cita dan matlamat. Tujuan yang ku janjikan impak yang mampu membuatku bisa menyenangi sasaranku kelak.

Tanpa ilmu, hidup umpama cahaya.  Tanpa usaha, hidup umpama tiada nyawa. Aku insan yang lemah, tapi aku sentiasa berdiri dan gagah hanya keranamu.

Ya Allah, kuatkan aku dalam mencapai matlamat suciku, kekalkan rasa hati ikhsan ini dalam diriku, jadikan pancaindera dan usahaku ini bermanfaat untuk diriku serta jadikan aku insan yang sentiasa berbakti.
Post a Comment