Monday 9 December 2019

TEGAR DENGAN CINTA


Cinta tu kau boleh tanam dalam jiwa, saluran cinta tu tuhan tak bagi kau fikir mati pada yang satu.

Buka cinta tu luas-luas, Tuhan bagi nikmat kalau tak sesat mencari...

Aku pencari cinta itu, nak nikmat yang tuhan beri tanpa putusnya...



Aubrey Maaya



Sederhana itu indah pada temanya

Andai akal dan hati seiring,
Andai ikhlas dan jujur seiring,
Sederhana itu indah...

Andai akal kau dahului
Andai ikhlas kau dahului
Sederhana itu indah...

Jangan terlalu drastik mengejar langit
Bersederhana kejar impian ,
agar tidak mudah kalah..

Percayalah,
" sungguh sederhana itu indah"

Aubrey Maaya
Positifnya jiwa # Blogger#



Sunday 8 December 2019

DIARY DIA ( Breast Cancer Fighter)


Ku bawa senaskah buku nota kosong,
ku bawa juga sebatang pena,
sangkaan aku, ditinggalkan tulisannya nanti di situ...

Aku berharap, kerana aku tahu, 
Aku akan rindu, aku akan merasa hilang...

Ternyata minatnya kian kabur...
sedangkan itu rutinnya setiap hari,
makin dia lupa, makin dia tak berdaya...

Ku ambil semula apa yang aku bawa,
Aku memandangnya yang kian berubah...

Hari ini aku kian merasai,
aku kian bertekad tabah,
dan aku sulami dengan redha dan ikhlas,
jika tidak hari ini,
mungkin masa yang hampir,
dia bakal dibiar pergi....


Aubrey Maaya


Aku temannya di sini, agar kami bersama tenang beradu
SELAMAT MALAM CINTA

Saturday 7 December 2019

Nikmat syukur



Hanya 2 jam di wad 1 aras 1 Hospital Besar Melaka@Wad Kanser, terhimpun ragam pesakit yang mampu buat terapi jiwa untuk rasa nikmat syukur.

Aku noktah dear diary di sini, petang ku berkunjung lagi.




Aubrey Maaya
145008122019 @ Ahad


Rangkai Hati

Hari ni berpeluang menyempat waktu, cinta yg ditinggalkan hanya memenuhi cinta yang lainnya.
Di sini banyaknya peristiwa buat hati sering diajar dan dinilai erti sebuah kehidupan yakni pentas sementara sebuah dunia.
Aku mahu penuhi resah hatinya, deritanya, dan rasa cemas dalam dirinya, ya ketabahannya jelas nampak, aku harap dia terus tabah untuk lengkapkan ujian Tuhan bagi hambanya.


                                                            Aubrey Maaya

1145081122019 -  Ahad


Saturday 12 October 2019

SEKETIKA VS KEKAL


SESIAPUN KITA , YANG PERGI DEMI KEBAHAGIAAN , DOAKAN LAH 

YANG TINGGAL DAN BERTAHAN, PERTAHANKANLAH....

JANGAN MENGAMBIL, ANDAI KITA MAHU MELEPASKAN...

JANGAN HADIR, ANDAI KITA MAHU MENINGGALKAN


Aubrey Maaya


Dari hati

  Memikir dalam erti kata apa yang berlaku dahulu, dan apa yang berlaku sekarang, Boleh jadi dulunya bahagia, kini pula lain arahnya. Boleh jadi Allah sedang mengajar dengan caranya.... Akur menunduk dengan istilah "SYUKUR"

Descent S.Awab @ Mas sita Hj Saadon
Muar Johore : 201910131354

Friday 28 June 2019

Noktah disini


Akhir ini untukku, andai suatu masa pertemuan itu bukan lagi ku pilih, makanya terlerai segala kerana sebuah keinsafan,

Andai kesedaran memihak kepada hati dan akal, maka ku teruskan maju langkah ku tanpa ku toleh pada masa yg kutinggalkan.

Biarlah segalanya ternoktah di sini , kerana hati sudah mati.

DI TABIR SEBUAH IKHLAS


Pendirian, akal fikir dan rasa hati seseorang tidak mungkin akan sama. Pengolahan pada sikap sedar dalam diri yang merencanakan sifat seseorang.

Begitu lama di tinggalkan, segala rasa, kenangan dan bahagia yang dulu, sudah lama hilang tanpa kunjung tiba.

Saat kata dan janji disusuni dalam kesamaran, aku teruja lagi, tanpa aku jelas faham akan nilai hati dalaman seseorang.

Setelah aku menyesali dengan bentakan hati dan perasaan, hanya satu yang aku pelajari, jangan kau letak jauh di bawah nilai sebuah keikhlasan.

SHM.BB 
Nukilan_Aubrey Maaya