Friday 28 June 2019

Noktah disini


Akhir ini untukku, andai suatu masa pertemuan itu bukan lagi ku pilih, makanya terlerai segala kerana sebuah keinsafan,

Andai kesedaran memihak kepada hati dan akal, maka ku teruskan maju langkah ku tanpa ku toleh pada masa yg kutinggalkan.

Biarlah segalanya ternoktah di sini , kerana hati sudah mati.

DI TABIR SEBUAH IKHLAS


Pendirian, akal fikir dan rasa hati seseorang tidak mungkin akan sama. Pengolahan pada sikap sedar dalam diri yang merencanakan sifat seseorang.

Begitu lama di tinggalkan, segala rasa, kenangan dan bahagia yang dulu, sudah lama hilang tanpa kunjung tiba.

Saat kata dan janji disusuni dalam kesamaran, aku teruja lagi, tanpa aku jelas faham akan nilai hati dalaman seseorang.

Setelah aku menyesali dengan bentakan hati dan perasaan, hanya satu yang aku pelajari, jangan kau letak jauh di bawah nilai sebuah keikhlasan.

SHM.BB 
Nukilan_Aubrey Maaya