Sunday, 2 October 2016

MAAL HIJRAH 1438


KOLABARASI akal dan jiwa, menyatu untuk ke depan menjulang juara, masa kian berlalu, namun saat di sedari rupanya usia hubungan ini menjangkau 6 tahun. Atas amanat dari yang ESA kau dan aku mutlak bersatu...ku pilih hari JUMAAT, supaya apa jua perkara yang baik-baik atau putus nyawa sekali pun harap-harap JUMAAT juga harinya....

Kalau kau sesuatu yang bisa aku gaul dan uli, pasti ku tahu dan senang untuk membentuk acuannya, nyatanya kau punya sesuatu yang amat-amat sempurna penciptaan. Malangnya pelarasan susunan ilmu dalam jiwa kau masih merangkak tidak lengkap. Aku hulur tangan kiri, tapi agar sukar. Jika begitu sukar , ku tarik kamu 2 belah tangan pula, nyata sukar tetap sukar.

Demi hubungan yang tiada sempadan dan batasan ini, ku renyukkan segala kudrat ragaku, mengendung dan menggalas kamu di jalan yang kau belum amat kenali ini. Nyata lahirnya dia bukan saja berkoyan kilaf, dia juga serba daif.

Sungguh aku tak mengerti akalnya, jelas aku tak faham hatinya, dan pasti aku dengannya penuh jurang. Terhumban aku rasa sangat rangkul dan tarik dirinya. 

Wahai yang Maha Agung, sudahku kerap sujud dan berbisik di bumi, tapi ku tahu kau lebih mendengar, saat ku menadah tangan mohon jutaan keampunan dan berserahkan segala kepadamu, jelas maknanya kamu adalah yang sangat berkuasa atas segala yang kau berkehendakkan. Dengan lemahnya aku sebagai hambamu ku serahkan urusan ini kepadamu.

Dulu  aku tidak mengerti tentang diri dan wibawa aku sebagai orang yang harus memimpin, tapi kini aku mengubah strategi. Kali ini lidahku lebih lunak dari gigi, buktinya kelembutan akan menjadi lebih kuat dari kekerasan.

Tujuan dan nawaitu, aku inginkan perubahan. HIJRAH....

Aku mahu pergi dekat denganmu Yang Esa, Pergi dengan bawanya sekali. Biar cinta ini menuju jalan mu.
WAHAI MAKANIYAHHHHHH ..... aku tak nak di sini lagi, aku nak beralih tempat aku yang kini.
WAHAI I'TIQADIYAHHHHH...... aku tak mahu kufur lagi, aku impi sifat yakin menuju jalanmu.
WAHAI FIKRIYAHHHH....aku tak mahu berfikiran yang dulu, sekularisasi, kapitalisasi, liberalisasi, pluralisasi, dan sosialisasi bahkan momunisasi telah merenyukkan dan melanyakkan segala, kini aku benar-benar ingin beralih arah.

Hijrah Makaniyah, Hijrah I'tiqadiyah, hijrah Fikriyah.... iringi aku dilalui ini , izinkan aku membawanya HIJRAH ke jalan redha Ilahi.....


No comments: