Thursday 22 September 2016

MELAKA, JOHOR DAN PAHANG AKU BERPAYUNG


Aku lahir di sini, tanah bersejarah Melaka. Terasa hebat kelahiranku ini , mana tidaknya gahnya nama negeri melaka dalam pembetukkan peta-peta terawal tanah melayu. Struktur dagang ekonomi, sistem barter bertukar dalam bentuk wang. Penyebaran Islam terawal kebanyakan juga di negeri ini.

Dahulu negeri melaka punya sebilangan PAHLAWAN, gah juga namanya hingga kini, tapi aku paling TABIK SPRING dengan HANG JEBAT. Nama yang tak pernah luntur dalam jiwa aku ini.....kalau dulu ku ujud pasti ku tackle JEBAT sampai dapat....hehehe....

Teja, unik nama ni . "AKU SUKA SANGAT" . Ini juga bibit-bibit penceritaan sejarah, bukan ku hebat sangat nak bercerita, tapi jujurnya aku arif tentang sejarah ini dalam 70%, dan 30% rumit untuk ku muatkan dalam memori ingatan aku ni. UNLIMITED sangat kalau nak mengisinya.....

Gunung Ledang, lagenda seorang puteri bernama PUTERI GUNUNG LEDANG, rujuk penceritaannya dalam buku sejarah HIKAYAT HANG TUAH dan SULATUS SALATIN, tersusun jalan ceritanya, liat juga kalau nak memahami bahasa-bahasa kiasannya, perlu ada minat baru boleh habis membaca dan fahami isinya yang banyak tersirat makna dalamnya.

Gunung Ledang juga dikenali sebagai Mount Ophir merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas. Oleh kerana Gunung ledang ini berdiri gah diantara 2 negeri iaitu JOHOR dan MELAKA. Harap-haraplah kita tak bergaduh nak memiliki tanah dan pusatnya, kita kongsi sama-sama milik yang Maha Esa ini dengan bijaksana.

Aku ingat lagi , dulunya waktu aku masih di sekolah menengah laluan ledang inilah aku lalui selalu setiap kali menuju Ke Pahang. PEKAN ASAHAN,Taman rekreasi Asahan Kg Relau, aduhai bila kenang tempat ni, mudah saja aku senyum spontan. Mana tidaknya tahun 1997 dikalangan 1018 pelajar , 4 orang pelajar tercalon untuk KEM WAJA DIRI anjuran KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM). Visi dan misi matlamat kursus untuk melahirkan pelajar yang berwibawa . Kalau 4 orang budak ini tersenarai, memang sah lah aku top 4 disekolah, setan menyetan perangai macam jin nakal agaknya masa tu. Tapi itu dulu, sweet-sweet ala-ala gangsterisme cabuk. Kem ini diterajui oleh sang perkasa ATM, faham-faham sajalah lanyakkan KOMANDEN. Terbekesan disiplin mereka tonjolkan, akan ku manfaatkan sampai mati.

Dahulu aku anak untuk 3 negeri, MELAKA , PAHANG dan JOHOR. Kenapa???? kecilku dulu membesar di Pahang, sahabat-sahabatku rata-rata asli pribumi (ORANG ASLI atau ORANG KITA). Lubuk mana aku tak terjah, hutan mana aku tak ceroboh, sungai mana aku tak mandi, bukit mana aku tak tawan, cacing cengkerik semua mainan....eermmm tu dulu, sekarang aku dah mula takut. Lepasi PAHANG aku ke Melaka, pindah sekolah di negeri kelahiranku. YEEEAAAA aku suka, sini punya sawah padi terbentang luas,nun di sana aku nampak jelas GUNUNG LEDANG. WAAHHH aku nampak sungai pula, syoknya. Baru nak berkhayal di sini, aku pindah sekolah lagi, Pahang semula... Setelah ibu bapaku selesai urusan di sana aku pulang Melaka semula.

Pergi balik sana sini, aku kian membesar, kini aku belajar di Muar Johor. Aku menduduki peperiksaan SPM di sana, syukur keputusan aku terbaik. Di negeri Johor inilah aku punya ramai sahabat, punya pengalaman dan pastinya tak ada duka di situ, rata-rata dan maksimum bahagia aku rasa...

Hari ini,dan hingga detik ini aku masih mengingati lagu-lagu untuk ke- 3 3 negeri yang aku pernah berpayung di bawahnya.... syukur tak terhinnga berdirinya aku di sini, banyak kejayaan ku julang.



No comments: