Aku nyatakan apa yang hati aku rasa, aku puaskan perassan ini hanya aku tak mahu di tekan lagi dengan keadaan, dan tak mahu nangis lagi dengan apa yang aku sudah lepaskan.
Di atas garis waktu aku langsung tidak punya masa, tak tahu bagaimana pantas masa itu pergi hingga aku tak mampu mengejar, aku sedih dan adakala aku gembira, namun masa tetap pergi tanpa mengendahkan aku langsung.
Di kala aku dilanda masalah dan
dugaan, sering aku rasa menyesal dengan apa terjadi. Mungkin aku sedar akan
kesilapan yang aku lakukan dan mungkin juga aku menunding jari mencari salah
pada orang lain. Akhirnya, masa berlalu dan aku hanya perlukan masa untuk
mengubati kekecewaan dan penyesalan...
Sering terjadi aku cuba
menghilangkan titik hitam yang tercatat pada lebaran sejarah hidup aku.
Hakikatnya, setiap yang berlaku tidak akan aku dapat mengubahnya kembali. Menghilangkan
dan memadam sejarah adalah suatu yang mustahil. Namun , usaha untuk memadam
sejarah adalah usaha yang sia-sia.
Sejarah sudah pasti berlaku dan
tidak dapat dipadamkan. Seharusnya aku menerima hakikat ini dan mula berganjak
ke hadapan. Tidak usah fikirkan cara untuk memadamkan dengan apa terjadi. Malah
ingatan pada otak aku juga tidak akan berjaya padam semudah itu. Biarlah
masa menguruskannya dan aku mula mengurus diri sendiri. Yakinlah, sejarah itu
hanya akan kabur di makan waktu dan akan terus kabur apabila kejayaan dan
kebahagiaan menggantikan dan memakan sisa sejarah lampau....
Berbekalkan apa yang aku peroleh
pada hari ini, maka terbangunlah aku menghadapi cabaran hidup ini. Dugaan pasti datang
dan sejarahlah yang memberi aku keyakinan. Sejarah memberi pengajaran bukannya
halangan. Sejarah memberi kematangan bukannya kemunduran......
No comments:
Post a Comment